Sunday, March 20, 2011

TEMASYA SUKAN HESA 2011



"Akal yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas" inilah kata2 yang sering kita dengar .Pepatah ini menerangkan betapa pentingnya memelihara kesihatan .Salah satu daripada usaha untuk memelihara kesihatan ialah melalui aktiviti sukan.Menyedari betapa pentingnya sukan ini dalam diri pelajar ,maka Exco Belia dan Sukan serta urusetia Belia Negeri Kedah dengan kerjasama Hal Ehwal Sekolah Agama(HESA),mengambil inisiatif menganjurkan program Temasya Sukan Sekolah-sekolah HESA  kali kedua 2011.




Objektif Temasya Sukan HESA:
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk beriadah dan menyihatkan badan.
  • Mengeratkan ukhwah antara pelajar dan guru-guru sekolah HESA
  • Menjadi pentas mencungkil bakat pelajar2 dalam bidang sukan.
ANTARA ACARA YANG DIPERTANDINGKAN:
  • BOLA SEPAK( MENENGAH&RENDAH)
  • BOLA JARING(RENDAH)
  • BADMINTON(MENENGAH)
Selain itu,1 pembaharuan telah diwujudkan pada hari sukan  tahun  ini apabila memperkenalkan acara sukaneka untuk guru & pelajar.Antara sukaneka yang dipertandingkan ialah:
  • Gusti Lengan(guru&pelajar  muslimin)
  • Tarik tali(guru&pelajar muslimin)
  • Baling bola kedalam bekas(guru muslimat)
  • bowling padang(guru muslimat)
  • susun bata(pelajar muslimin)
  • Bawa bola pimpong dalam sudu(pelajar muslimat)
  • ikat kaki tiga(pelajar muslimat)
Disamping itu,perlawanan bola sepak akan diadakan dalam bentuk liga yang akan dipertandingkan pada:
  • ZON SELATAN:24 Mac  2011(Padang Awam Kupang)
  • ZON UTARA:26 Mac 2011(Maktab Mahmud Alor Setar)

 Acara kemuncak sukan HESA akan diadakan pada 2 April bertempat di Kompleks Hijau Kuning dan Dewan KIA,Alor Setar.Semoga apa yang dirancang ini dapat berjalan dengan lancar..Insyaallah...

    Tuesday, March 1, 2011

    KURSUS KECEMERLANGAN GURU HESA 2011

    Segala pujian hanya milik Allah S.W.T yang mentadbir alam semesta.Selawat dan salam dicurahkan untuk Rasul tercinta(Muhammad S.A.W) beserta keluarga dan seluruh pendukung risalah bawaannya.

    Pendidikan adalah satu proses yang berterusan dalam usaha untuk membentuk pola-pola tingkah laku dan sikap tertentu di dalam diri manusia yang dididik. Dalam konteks pembangunan sosio-budaya dan peradaban masyarakat, pendidikan merupakan suatu proses berterusan tanpa sempadan. Pendidikan juga merupakan medan penting di dalam proses pengislahan masyarakat . Pengislahan di sini dilihat dari segi pembangunan dan pembinaan nilai-nilai positif.Justeru,pihak HESA mengambil inisiatif untuk memastikn pengislahan nilai2 positif ini berjaya dilaksanakan.Alhamdulillah,pada 25 & 26 Februari HESA telah berjaya menganjurkan  Kursus kecemerlangan Guru HESA 2011 yang telah diadakan di Inapan Pusat Keda,Rimba Taqwa ,Sik,Kedah..Kursus ini telah melibatkan 28 buah sekolah dibawah HESA dan seramai 111 orang guru telah berjaya menghadirkan diri..Kursus ini telah dijalankan selama 2 hari berturut-turut.


    Pendaftaran telah bermula pada jam 3:30 dan berakhir pada 4:30 petang. Sebanyak 28 sekolah telah menghantar peserta muslimin dan muslimat bagi menjayakan kursus ini.

    PENDAFTARAN MUSLIMIN

    PENDAFTARAN
    PENDAFTARAN MUSLIMAT

    Pada jam 5:00 ptg telah bermula majlis perasmian oleh YB. Dato' Dr.Abd Isa B.Ismail,Speaker Undangan Negeri Kedah/Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kedah.Dalam ucapannya,YB Dato' sempat mengulas mengenai sistem pendidikan masa kini  yang semakin kurang mendapat keyakinan terhadap masyarakat .Situasi yang terjadi pada sekolah agama sekarang hanyalah bersifat sementara disebabkan sistem sekarang gagal untuk melahirkan insan yang cemerlang.Justeru,sistem pendidikanyang sedia ada akan meyakinkan masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.Oleh itu,guru sekolah agama perlu beristiqamah dalam meneruskan perjuangan ini
    YB DATO' BERSAMA UST AIZAT ZAKARIA
    UCAPAN ALUAN
    UCAPAN PERASMIAN OLEH YB DATO' DR.ABD ISA B. ISMAIL


    PENYERAHAN CENDERAHATI OLEH UST MOHAMAD ISMAIL KEPADA YB DATO'



    Acara seterusnya bermula pada 8 malam dengan Motivasi Cemerlang 1 oleh Cikgu Sukarno b.Abd Hamid yang bertajuk "TEKNIK PENGAJARAN &PEMBELAJARAN YANG BERKESAN".Walaupun peserta agak keletihan tetapi dengan semangat dan keazaman yang tinggi mereka berjaya memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah.
    Slot ceramah 1 dipengerusikan oleh ust Mohammad b.Ismail
    Terpancar keceriaan diwajah2 peserta

    PESERTA MUSLIMAT
    CIKGU SUKARNO B.ABD HAMID
    ATTENTION!!

    SLOT BERSAMA CIKGU SUKARNO  


     SABTU (26 FEB)
     Pada hari kedua para peserta tidak melepaskan  peluang untuk berqiamullail dan solat subuh berjemaah memandangkan mereka datang dari kawasan yang berbeza...Setelah selesai solat subuh,mereka dihidangkan dengan kuliah subuh yang telah disampaikan oleh ustaz Lutfi b. Ariffin
    PENCERAMAH DITEMANI UST AIZAT B ZAKARIA

    MENIMBA ILMU TIDAK KIRA MASA

     
    PENJELASAN YANG BEGITU JELAS KEPADA PESERTA
    Diawal pagi sesudah sarapan para peserta meneruskan lagi hari kedua  dengan Motivasi Cemerlang 2 oleh Ustaz Hafiz b.Salleh yang mana peserta didedahkan dengan "ciri-ciri Guru cemerlang'' yang mana dapat membantu mereka bagi meneruskan pengajaran mereka sesudah kembali ke sekolah masing-masing...


    PENGKONGSIAN TIP2
    PESERTA TIDAK KERING GUSI

    DENGAR BAIK-BAIK

    PESERTA BEGITU TERUJA DENGAN CERAMAH YANG DISAMPAIKAN

    PERKONGSIAN ILMU UNTUK PARA PENDIDIK BARU
    MOTIVASI CEMERLANG 3
    TEKUN MENDENGAR MOTIVASI YANG DI BERIKAN

     Motivasi cemerlang 3 telah disampaikan oleh Ustazah Che Nazrah Bt Yusuff yang mana telah mengupas mengenai "CABARAN Pendidikan Islam Masa Kini" ...Semoga kupasan mengenai hal ini mampu menjadi panduan buat guru2 dalam mendidik generasi muda ....

    Motivasi terakhir yang mengupas mengenai 'PENGORBANAN MENUNTUT KEIKHLASAN ''telah disampaikan oleh U.Idrus B Ahmad...Acara diteruskan dengan Majlis Penutup Dan Penyerahan Sijil Penghargaan oleh Ustaz Ahmad B Yahya (KETUA Pemuda Pas Kedah Merangkap PENGERUSI HESA)







    CENDERAHATI DIHULURKAN UNTUK U.IDRUS AHMAD

    CENDERAHATI TANDA KENANG-KENANGAN

    KAUNTER PENYERAHAN SEMULA KUNCI2 
    Semoga menganjuran kursus guru baru ini mampu menyuntik semangt baru kedalam diri para pendidik sekolah HESA.
    Akhir bicara,Sekalung penghargaan kami hulurkan kepada Y.AB DATO' SERI MENTERI BESAR KEDAH,BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH,PEJABAT SPEAKER DUN KEDAH,DEWAN PEMUDA PAS KEDAH,JABATAN PENDIDIKAN,DPPNK HAL EHWAL SEK AGAMA(HESA),INAPAN PUSAT LATIHAN KEDA,KOPERASI HESA,SEKOLAH- SEKOLAH HESA,& Semua Pihak Yang Terlibat Secara Langsung Atau Tidak Langsung dalam menjayakan Kursus ini...